Fenway Park
Fenway Park

Fenway Park

Fenway Park ialah sebuah stadium besbol yang terletak di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Sejak tahun 1912, ia telah menjadi stadium besbol bagi pasukan Major League Baseball (MLB), Boston Red Sox. Sejak tahun 1953, Red Sox kekal sebagai satu-satunya pasukan MLB yang menggunakan stadium tersebut. Stadium ini telah dibina semula pada tahun 1934[8] dan menjalani beberapa pengubahsuaian dan penaiktarafan pada abad ke-21. Fenway Park masih menjadi stadium besbol tertua di MLB.[9] Stadium besbol ini merupakan stadium kelima terkecil dari segi kapasiti tempat duduk, kedua terkecil dari segi jumlah kapasiti dan merupakan satu daripada lapan stadium yang dapat memuatkan kira-kira 40,000 orang penonton.Fenway telah melangsungkan 11 acara Siri Dunia di mana Red Sox memenangi enam daripadanya manakala Boston Braves pula menjuarainya sekali. Selain perlawanan besbol, stadium ini juga menganjurkan pelbagai acara sukan dan budaya termasuk aksi bola sepak Amerika bagi pasukan Boston Redskins, Boston Yanks dan Boston Patriots; konsert; bola sepak dan hoki serta kempen politik dan keagamaan.Pada 7 Mac 2012, Fenway Park telah ditambah ke dalam Senarai Tempat Bersejarah Kebangsaan Amerika Syarikat.[10][11] Ia mempunyai mercu tanda di hujung laluan warisan Boston Irish. Bahkan, bekas pelempar Bill Lee menganggap Fenway Park sebagai satu tempat keramat.[12] Stadium ini juga dalam proses menjadi Mercu Tanda Boston, yang akan dapat mengawal segala perubahan dikenakan ke atas stadium.[13] Fenway dianggap sebagai salah satu venue sukan di dunia yang tersohor dan menjadi simbol Boston.[14]

Fenway Park

Alamat 4 Jersey Street
Amerika Syarikat
Pemilik Fenway Sports Group
Saiz Padang Kiri padang: 310 ft (94.5 m)
Kiri Dalam Padang: 379 ft (115.5 m)
Pusat Padang: 389 ft 9 in (118.8 m)
Kanan Pusat Padang: 420 ft (128 m)
Pusat Kanan: 380 ft (115.8 m)
Kanan Padang: 302 ft (92 m)
Backstop: 60 ft (18.3 m)
Diperluas 1934, 1946, 2002–2011, 2017, 2022
Koordinat 42°20′46.5″N 71°5′51.9″W / 42.346250°N 71.097750°W / 42.346250; -71.097750Koordinat: 42°20′46.5″N 71°5′51.9″W / 42.346250°N 71.097750°W / 42.346250; -71.097750
Permukaan Kentucky Blue Grass
Pengubahsuaian 1988, 2002–2011, 2017
Pecah tanah 25 September 1911 (25 September 1911)
Lokasi Boston, Massachusetts, A.S.
Dibuka 20 April 1912 (20 April 1912)
Ditambahkan ke NRHP 7 Mac 2012
Kapasiti 37,305 (hari)
37,755 (malam)[2]
Pentadbir Fenway Sports Group / Boston Red Sox
No. rujukan NRHP 12000069[7]
Rekod kehadiran 47,627[3]
Kos pembinaan AS$650,000
($14.7 juta dalam 2016 dolar[4])
Jurutera struktur Osborn Engineering Corp.[6]
Arkitek James E. McLaughlin[5][6]
Kontraktor am Charles Logue Building Company, Coleman Brothers, Inc.[6]

Rujukan

WikiPedia: Fenway Park https://web.archive.org/web/20171117161050/http://... http://boston.redsox.mlb.com/bos/ballpark/tour.jsp https://web.archive.org/web/20180408074048/http://... http://pressroom.redsox.com/GetFile.ashx?&Location... https://www.bostonglobe.com/sports/1935/09/23/reco... http://www.minneapolisfed.org/community_education/... https://web.archive.org/web/20120313155811/http://... http://www.bostonherald.com/business/real_estate/v... http://www.baseball-almanac.com/stadium/fenway_par... http://www.nps.gov/history/nr/listings/20120316.ht...